Assalamualaykum Warahmatullahi Wabarakatuh

Monday, August 29, 2011

Berbuka Puasa hari ke-28, Sahur hari ke-29.

Menu ku untuk berbuka pada hari yg ke-28 Ramadhan tadi adalah Nasi Tomato & Ayam Berempah. Juadah ni aku beli kat Bazar Ramadhan Setiawangsa berdepan dengan Sekinchan ikan Bakar. Alhamdulillah untuk rezeki berbuka hari ini.

Sahurku pula agak awal denagn menu yg sama seperti semalam, Mee Goreng. Aku ni malas nak kuar beli makanan time kerja nanti, jadi aku beli awal. Malam ni adalah hari terakhir aku bekerja sebelum Aidilfitri dimana esok petang aku dah terbang balik ke kampung halaman.

Saturday, August 27, 2011

Sunyi, Kenang & Rindu.

Now kat office, kerja shift malam untuk 12 jam dua hari berturut2 sampai esok. Malam ni macam sunyi jer kat office. Yelah sebab dah nak dekat 1 syawal mesti ramai yg dah balik kampung. Turn aku balik pula adalah esok petang hehe. Tak sabar rasanya nak balik kampung. Sebenearnya aku takde lah teruja nak raya, tapi teruja & tak saba nak jumpa family kat kampung jer. Apa yg pasti tahun ni, Kakak aku & family die pun akan beraya bersama. Macam tahun sebelum ni depa beraya kat depa nmyer in law. Gambar bawah, office ku yg lengan dengan meja ku yg berselerak.

Ape yg aku kenang sepanjang Ramadhan tahun ni adalah Terawikh. Tahun ni aku rasa mcm seronok buat Terawikh. Bermula Ramadhan tahun ni la aku berjinak2 pi surau & berkenal2 serta bermesra2 dengan jemaah lain untuk Terawikh. Sebelum ni nak kuar rumah pi surau untuk solat fardhu pun tak terdetik hati ni. Hopefully akan berterusan. Yelah, dah ada member kekeke. Sudah pastinya aku akan merindui saat menunaikan bersama jemaah2 dari Arab, Africa etc yg Study kat uia during Terawikh.


Sudah Pasti aku akan merindui suasana ini nanti. Selain dr itu,... aku tak sabar nak jumpa anak2 buahku dihari raya nanti.

Tinggal sehari jer lagi aku nak balik kampung. Barang2 pun aku belum pack lagi. Alahaiiii sampai umah pagi ni nanti kena gak pack barang sampai selesai.

Berbuka Puasa hari ke-27, Sahur hari ke-28.

Untuk hari yg ke 27 aku berbuka dengan hanya kuih muih beli kat Pasar Malam Setiawangsa berhampiran JJ Aeon. Alhamdulillah untuk rezeki berbuka dihari yg ke 27 hehe :-)

Untuk sahur di hari yg ke 28 pula mee goreng & telur dadar shj..:-)


Selamat Bersahur :-)

Bersahur dihari yg ke 27.


Daging Masak Kunyit. Menu Fav neh hehe. Alhamdulillah.

Membeli Belah di Masjid India.

Beberapa hari lepas aku pergi membeli belah kat Masjid India. Pi sana semata2 nak beli pesan Mummy untuk beli biskut raya byk2 hehehehe. Huh byk gak la aku beli, maklum Mummy jrang buat biskut, tapi Cake yelah depa buat. Jadi pada hari Khamis lepas aku pi mencari2 beberapa biskut raya untuk dibawa balik kampung sempena Aidilfitri ini. Sesampai di Masjid india dalam waktu Zohor la plak, aku singgah kat Masjid india yg betul untuk solat. Seriously bgitau yg ini adalah 1st time aku solat kat sini tau...hehehehe.

Selesai Zuhur, aku sempat snap photo kat penjuru tingkap kat dalam masjid tgk suasana kat luar,..ermmm ramai gak la org membeli belah. Tapi rasanya time ni awal lagi, baru dekat pukul 2. Petang2 sket mesti crowded Bazar Masjid India ni.

Ni Kat dalam Mydin. Aku sempat beli 2 kotak biskut kat Sini. Yang selebihnya aku beli kat Jalan TAR.

Ni lah suasana bila dah petang skit, orang semakin ramai. Time ni aku tgh on the way menuju ke LRT Putra Masjid Jamek. Rushing time ni sebab tak nak berebut masuk train nanti. Huihhh jenuh tau nak berhimpit2 dalam train,..semput nafas aku nanti..kekeke.


Thursday, August 25, 2011

Mengidam tapi melepas pula.

Pagi-pagi ni tadi aku rase mengidamkan sesuatu plak, Hmmm,..kalau macam tu bolehlah aku boleh terus pergi bersahur. Aku sebenarnya mengidamkan kuey teow kungfu kekeke. Pernah berbuka makan kuey teow kungfu ari tu kat restaurant condo ni, terasa sedap pulak.

Fikir punya fikir, aku pun decide nak bersahur kol 2.30am lepas tu boleh terus pi Qiam bersama penghuni islam condo kat surau. Ermmm dalam hati aku rase tak saba nak makan Kuay teow kungfu je.

Getting ready for kuey teow kungfu, kuar rumah dan dengan happy menuju ke Level 3, dalam fikiran dah terbayang kuey teow kungfu hahaha. Sebaik tiba kat tangga level 3,... ku lihat bayangan restaurant macam gelap jer, tak mungkin. Bila aku tengok keadaan dari jauh gelap, selalunya terang jer,.. Ermmm,.. ah sudah... ni mesti dah tutup, tapi akak tu kata awal bulan ari tu,... depa bukak sampai kol 4am sempena ramadhan. Alahai melepas nak makan apa yg diidamkan,..sedihhhhh!

Tadi time berbuka,.. adik restaurtant tu ada bgtau kat aku yg hari ni hari last mereka bukak bisnes dibulan posa, esok dah tutup sampai lepas raya baru buka. Alaa,.. aku ingatkan depa tutup sampai kol 4am. Rupanya tutup awal lah pulak ari ni,....melepas lah aku nak sahur dgn kuey teow kungfu. Aku kembali kerumah dengan perasaan yg masih mengidam kuey teow kungfu. Nak kuar pi gerai kat luar condo?.. Malas lah pulak. :-(

Berbuka Puasa hari ke- 24.


Tom Yam Ayam Lagi..:-)

Tuesday, August 23, 2011

Merdunya suara beliau!!!

Buat pertama kalinya dalam hidup aku mendengar suara lelaki membaca surah dengan teramat merdu. Aku solat Subuh di Hotel De Palma Ampang tadi bersama my brother in law sambil di imami oleh Imam yang dijemput khas oleh pihak hotel. Suara merdu yang aku maksudkan adalah suara imam yang dijemput khas tersebut, iaitu imam dari dari Madinah Al-Munawarrah, Sheikh Saad Nomani. Terpaku & terpegun aku kala mendengar beliau membaca surah ketika solat subuh diselangi dengan irama & lenggok suara yang paling merdu pernah aku dengar secara realiti membuatkan aku berharap beliau membacakan surah yang panjang. Kalaulah suara & bacaan yg begitu sedap ketika Solat terawikh, bacaan surah panjang-panjang & buat 25 rakaat pun aku tak kisah sebab merdunya suara,.. MasyaAllah, tidak dapat aku tulis dengan kata-kata, aku rasa seperti berada di Mekah tatkala menonton & mendengar suara imam Mekah membaca surah semasa siaran langsung Terawikh dari Mekah.

Photo : Imam dari Madinah Al-Munawarrah, Sheikh Saad Nomani.

Monday, August 22, 2011

Bersama my Beloved pair niece & nephew.

Before habis Shift tadi rase tak sabar nak jumpa my niece and nephew. Yelah tak sabar nak melepas rindu kat mereka maklum dah dekat 4 bulan lebih tak jumpa. Tup tup mummy and my sis bagitahu yang si adik tu dah pandai melangkah untuk berjalan. Ni yang buat aku rasa makin tak sabar nak bertemu.
Now aku dah dah kat hotel de Palma Ampang,nasib baik abg ipar dan kakak ku still awake Kalau tak alamatnyer terkurung le aku kat luar,but sampai-sampai jer tengok mereka berdua sikecik tu dah lena dibuai mimpi kekeke, tak sabar nak tunggu mereka berdua bangun esok pagi nak main-main dan melepas rindu. Photo bawah ni aku ambil time sikecik berdua tu tengah tido lena sesampainya aku dihotel.

Syoknye rasa tengok my beloved pair niece & nephew tidur berpelukan macam tu. Nampak very close to each other. Aku time ni memang rasa tak sabar nak tunggu mereka bangun tapi apakan daya, kena juga tunggu sampai esok pagi. Maka,.... pada keesokan harinya,.. selepas mereka berdua bangun.. activity yang aku paling suka,...bermain-bersama mereka!!!!... sampai main kat bawah katil...kekeke dan main snap2 photo.



Si adik tu main ikut si kakak,..manakala kakak jadi ketua,.. lead si adik buat itu ini. Sikakak masuk bawah katil, baring kat lantai & nak tengok kat tingkap, si adik pun nak ikut sekali. Ape yang kakak dia buat semua dia nak ikut buat hehehe, seronok tengok telatah mereka. Aku?.. hehehe,..aku jadi tukang layan & jadi orang jahat main kejar-kejar kakakaka. Tetiba sikecik muncung,... sebab ape? Sebab Tak mandi lagi, Patut la bau Machemmmmmmm!!!!!!

Lepas mandi,... Sambung main kejap tp si adik dah meragam nak mintak susu. Abah die kasi susu & si adik hampir terlelap manakala si kakak sibuk menelaah Ipad2. Main ape dalam Ipad tu kakak?.. Wahhh pandai nyer,... main suai padan rupa nya hehehehe.




Finally, turn si kakak pulak nak susu hehehehe maybe dah penatlah tu buat suai padan gambar dalam Ipad. Si adik pula dah selesai menyusu, tadi nampak macam nak terlelap tapi tak jadi, so die main-main kejap ngan angah die yg sedang menaip blog neh hehehe. Last- last dua-dua kena suruh tido oleh si ibu sebelum keluar jalan-jalan sekitar KL kikiki.

Chayanggggg amat kat mereka berdua neh....:-)

Sunday, August 21, 2011

Ikan Bakar HOT-HOT & Tomyam.

Yeahh,... itulah nama tempat aku berbuka puasa sebentar tadi bersama Sony. Lokasi di Setiawangsa sahaja. Sony kata Tomyam kat sini sedap so aku pun nak je try rase masakan kat situ hehe. Menu aku berbuka tadi adalah Daging masak Kunyit & Tomyam campur, ermmm gaambo aku tak amik sebabnye kami order menu lebih kurang pukul 7.15pm, makanannya sampai pukul 7.45pm hehehe, jadi sampai je makanan terus makan sampai terlupa nak amik gambar kekekeke tersangat-sangatlah kelaparan. Memang sedap tomyam die seriouly mention. Jengah lah ke Hot-Hot ni kalau nak rase. Ni je lah gamba yg sempat aku amik hehe. Selamat berbuka kepada seluruh umat islam.:-)


Can't wait to meet my beloved pair.


Tak sabar nak jumpa my Niece and Nephew. I got a call from my sis yesterday, mention that they will be coming down to kl by today and stay a night before flying back to JB (my brother in law hometown) on Monday. Its been like 4 months since i last saw my beloved pair and the "adik" (my niece) is now already can walk.

Really miss them!! Can't wait to meet them up this evening after my Afternoon shift ends. Pics taken from Abg Shah(my brother in law) FB.

Saturday, August 20, 2011

Ohhhh Caramel Pudding...:-)

Seperti bulan puasa yg lepas-lepas, aku mesti mempunyai satu makanan favourite. Dulu kalau berbuka puasa jer, aku mesti beli Bergedil, Tak boleh takder kekeke. Pas tu pada tahun berikutnya pulak kena ada Air Asamboi pekat. Dan untuk tahun ni plak, aku mcm mengidamkan Caramel Pudding. Baru semalam aku start makan Caramel pudding ni sebenarnye sebab yelah, kerja petang so, untuk berbuka memang kena gi Bazaar, Cari punya cari, maka ianya menjadi pilihan hahahahaha. Sampai la ni lah aku jadi suka makan Caramel Pudding neh. So menu aku untuk berbuka puasa dihari yang ke- 20 ialah seperti dibawah. Alhamdulillah untuk rezeki berbuka pada hari ni.:-)

Juadah ku hanya kuih muih. Diantaranya Karipap Sardine & Daging, Cucur Udang & Cakoi bersambal. Ni pun aku tak makan semua sekaligus. After Maghrib, aku continue balik kedarah. Slow-slow menelan... tak gitu?....hehehe..:-)

Ohhhh Caramel Pudding....Love this!!!!!

Selamat berbuka. Tinggal beberapa minute je lagi..:-)

10 Malam Terakhir Ramadhan.


Kelebihan malam 10 akhir Ramadan

Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

Bilakah Lailatul Qadar?

Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.

Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda.
-------------------------------------------------------------

Syarat sah iktikaf:

Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.

Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat.

Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.

Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan.

Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan.

Perkara yang membatalkan iktikaf:

Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.

Murtad.

Hilang akal kerana gila atau mabuk.

Datang haid atau nifas.

Jimak. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid.” (Surah al-Baqarah, ayat 187)

Perkara yang sunat dilakukan.

Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa.

Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.

Perkara yang harus dilakukan.

Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit.

Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.

Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Green Still.


Tukar my blog background sempena Aidilfitri yg akan menjelang dalam 10 hari lagi kekeke. Tak de lah, Saje je nak tukar sebenarnye hehe, tak der kaitan dengan aidilfitri pun.Rase dah bosan guna background lama dari Hot Bliggity Blog. Yg baru tukar ni lak amik background yg di upload jer. Vintage Green,..Ok le gak bagi aku sebab tak nampak serabut sangat. Warna?... Green....Still!!!!!

Today Kerja petang. Huihh ade 4 hari lagi aku nak kerja petang neh, rindu nak terawikh. Yelah bila kerja petang, tak dapat nak kuar solat terawikh. Puasa pula dah tinggal 10 malam terakhir. Rase sedih pula bila Ramadhan 1432 bakal berakhir dalam masa 10 hari lagi. Harap aku dapat lagi bertemu Ramadhan tahun depan & bersolat Terawikh setiap malam....:-(

Friday, August 19, 2011

Berbuka Puasa hari ke- 19.

Menu : Doughnut, Bergedil, Karripap & Caramel Pudding.
Location: Setiawangsa Ramadhan Bazaar.



Alhamdulillah untuk rezeki berbuka pada hari ini.:-)

Thursday, August 18, 2011

Berbuka Puasa hari ke-18.

Untuk hari yg ke 18, aku hanya berbuka di office sahaja sebabnya aku kerja shift petang start 3pm - 11pm. Maknanya hari ni aku tak dapat nak gi solat terawikh....Cedih!!!

Ni je la Menu berbuka aku.Singgah beli juadah kat Bazaar Ramadhan Setiawangsa.Alhamdulillah untuk rezeki berbuka pada hari yg ke 18.


Berbuka Puasa hari ke-17.


Menu berbuka utk hari yang ke 17, Tomyam ayam. Alhamdulillah untuk rezeki berbuka pada hari ini. :-)

Wednesday, August 17, 2011

Berbuka Puasa hari ke-16 & Salam Nuzul Al-Quran.

Berbuka puasa pada hari ke- 16 aku ditemani officemate ku Fadli. Makan Ikan bakar kat "Leha Kelfood" Taman Melati. Hmmm not bad, boleh lah. Decide nak makan kat sini sebab nak belanja Fadli berbuka sebab ari tu depa dah belanja makan aku hehe. Lagipun Leha Kelfood ni dekat je ngan umah aku so nak gi pun xlah jauh. Lepas berbuka boleh terus pi surau utk terawikh. Jom tgk menu berbuka aku utk hari yg ke 16.

Inilah juadah kami. Simple jer sebenarnya kan, Takde lah melampaui batasan.kekeke.

Ikan Bakarku.

Kuah tu adalah kuah Ayam percik. Tak tau nape aku lebih suka kuah ni dari kuah asal.

Ubi goreng Fadli.

Kerabu mangga Favourite aku.


After berbuka terus singgah kat Surau condo tempat aku tinggal. Fadli pun terus join sekali sampai habis terawikh dan sampai habis ceramah dari penceramah jemputan malam tu. Salam Nuzul Al-Quran 2011.


Tuesday, August 16, 2011

Berbuka Puasa hari ke-15.

Berbuka dengan Nasi Goreng Ikan Masin.

Moreh, Pudding Kacang Merah.

Nampak tak cup pudding yg ade ribbon tu? Aku amik satu bawak balik rumah. Bila sampai rumah, aku terfikir, nape ade cup yg ade ribbon dan ade yg x? Mungkin aku tersilap amik sebab mungkin yg ada ribbon tu untuk tetamu penting malam tu!!!! waaaa,...xpe lah aku dah bawak balik pun dah.

Shopping again after Breakfasting.



Aku just windows jer sambil temankan Sony shopping after berbuka tadi. Sebab takder apa-apa yang aku rasakan berkenan hehehe. Tapi aku rase best pulak bile tengok hiasan-hiasan aidilfitri yg dijual kat JJ Setiawangsa ni. Macam dah dekat nak raya je rase dah.Seronok jugak tengok parents yg bawak anak-anak beli baju raya. Agak happening juga sale kat JJ Setiawangsa neh. Kalau nak borong makanan leh jer tapi berpada-pada le....hehehehe. Cepat- cepat, Sale sampai 4th Sept 2011, alah lama lg kan..:-)

Berbuka Puasa hari ke-14.

My Berbuka puasa (Breakfasting) on the 14th day of Ramadhan was accompanied by Sony at our usual place to eat, Singgah D'Klasik. Apart of ordering the restaurant menu of Daging masak Kunyit (Fried Turmeric Beef)on our table, both of us also bought a few delicacy from the nearby Ramadhan Bazaar. I got myself an Ayam percik from the Bazaar while Sony was delightful for having her Ikan Bakar.Yummmm.

Below are our breakfasting dish.

Daging Masak Kunyit (Turmeric Beef)

My "Ayam Percik" (Grilled Chicken) bought at Ramadhan Bazaar.

Sony's Ikan Bakar bought at Ramadhan Bazaar as well.

Last but not least,...Dates...:-)

Selamat Berbuka..:-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...