Assalamualaykum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tuesday, August 23, 2011

Merdunya suara beliau!!!

Buat pertama kalinya dalam hidup aku mendengar suara lelaki membaca surah dengan teramat merdu. Aku solat Subuh di Hotel De Palma Ampang tadi bersama my brother in law sambil di imami oleh Imam yang dijemput khas oleh pihak hotel. Suara merdu yang aku maksudkan adalah suara imam yang dijemput khas tersebut, iaitu imam dari dari Madinah Al-Munawarrah, Sheikh Saad Nomani. Terpaku & terpegun aku kala mendengar beliau membaca surah ketika solat subuh diselangi dengan irama & lenggok suara yang paling merdu pernah aku dengar secara realiti membuatkan aku berharap beliau membacakan surah yang panjang. Kalaulah suara & bacaan yg begitu sedap ketika Solat terawikh, bacaan surah panjang-panjang & buat 25 rakaat pun aku tak kisah sebab merdunya suara,.. MasyaAllah, tidak dapat aku tulis dengan kata-kata, aku rasa seperti berada di Mekah tatkala menonton & mendengar suara imam Mekah membaca surah semasa siaran langsung Terawikh dari Mekah.

Photo : Imam dari Madinah Al-Munawarrah, Sheikh Saad Nomani.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...