Assalamualaykum Warahmatullahi Wabarakatuh

Monday, July 4, 2011

Baik & Jahat. Bersabar aja Kita.

Buat baik dibalas baik. Itu semua bergantung aja. Aku tidak percaya istilah itu seratus peratus. Jika istilah itu betul, maka, setiap perbuatan baik kita akan dibalas baik juga. Akan tetapi, ada juga diantara perbuatan baik kita dibalas jahat. Jadi dengan itu, istilah diatas mungkin hanya istilah.

Kalau ada pun, buat baik sahaja kita, dibalas pula bergantung pada org yg kita buat baik tersebut. Kalau baik balasannya, makanya samalah seperti istilah diatas, kalau jahat balasannya maka, bersabar aja kita. Sebab yg pastinya balasan dari yg Maha Esa.

Buat jahat jangan sekali. Tapi dunia,... tidak ada siapa pun yg tidak buat jahat. Berbohong sunat pun kiranya jahat juga tu. Kadang- kadang kita pun tidak sengaja berbuat jahat, akan tetapi kita harus sedar yg kita berbuat jahat. Kalau tidak sedar maka sudah parah lah hendaknya.

Sekadar pendapat. Tidak semestinya tepat. Apa-apapun isunya, "Bersabar Aja Kita". Cheers.. hehehehe.:-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...