Assalamualaykum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sunday, May 15, 2011

Flight Mode & Ikan Masak Kari.

On the plane..... balik ke hometown.

Akhirnya pada pukul 09:35am aku sampai ke Kampung halamanku Sarawak Bumi Kenyalang hihihi. Sesampai je aku kat airport, Mummy & abah dah menanti. Rindunyer kat mereka, hilang semua tekanan bila jumpa my parents. Balik umah aku terus menerkam & memeluk my niece & nephew.... nak melepaskan rindu....... rindu nyeeeeeee la kat budak dua org neh.
Ok,.... aktiviti aku dirumah ari neh,.... tolong mummy masak Lauk Ikan masak kari kekekeke. Bukan aku je,.... tapi si anak dara sorang ni pun nak tolong, bukan nak tolong masak, tapi tolong jadi model utk resipi Ikan Masak Kari yg simple neh hahahaha.

Bahan yg diperlukan ialah Bawang putih, Bawang merah & halia yg ditumbuk sekali dengan serai.

Tgk ni, si anak dara ni tgh mengasah bakat jadi model tgh menumbuk Bwang & halia dalam Lesung batu.

Serbuk kari yg dicampur dgn air.

Dan kacau serbuk kari tadi hingga sebati.

Potong ikan. Dalam gambar ni adalah ikan Udun.

Tumis Bawang.

letak serai yg ditumbuk tadi dalam kari.

Bila bawang tadi dah naik bau,... sila masukkan kari & serai tadi.

Kacau & biarkan sampai mixture tadi dah naik minyak mcm dlm gambo bawah neh.

Masukkan satu persatu ikan yg telah dipotong. Pastu masukkan kan garam secukup rasa & juga ajinomoto. Kalau nak masukkan garam & ajinomoto later on pun xper.

Penuhkan kuali dgn ikan.

Biarkannya mendidih & gaul ikan dari masa ke semasa untuk memastikan semua ikan masak sama rata. (eihhhh betul ke ayat aku neh,.....)

Pastu dah masak pun. Chamtu jer,...senang kan hahahahaha.

Pastu dah boleh dah makan tengahari.

Sebenarnye,... Mummy yg masak neh,... aku jadi tukang gaul & amik gambo jer kekekeke. My niece plak jadi model. :-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...