Assalamualaykum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saturday, May 14, 2011

Lu Langsi, Lu Mati - Kongsi.

Semalam sempat pi TGV KLCC with Sony & Damian after dinner kat Chop N Steak sebab nak tengok citer "KONGSI". Beli tiket kol 9pm. Citernye agak best la jugak bagi aku..... lawak, banyak ketawa walaupun nampak serius la jugak. Cuma yg x best nye ialah part ending. Aku tak faham cmner ending tu boleh stop sampai part tu, dimana aku ingatkan jalan citer nyer panjang lagi sebab sangkaan aku adalah Tumulak & Shariff akan bertemu & bertarung di akhir babak. Tapi rupa2 nye tidak. Hmmmmmm,... bagi aku,.. boleh la untuk tgk time boring... sebab lucu & riuh suara org gelak. Para pelakon : Shaheizy Sam, Fizo Omar, Liana Samsudin, Bront Palarae dan lain2.

Sinopsis (credit to http://ezany-kun.com/)
Aku copy bulat2 dari website ni,... TQ for letting me!!!

Filem aksi komedi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian. Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Zul Handyblack) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff. ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...