Assalamualaykum Warahmatullahi Wabarakatuh

Thursday, August 25, 2011

Mengidam tapi melepas pula.

Pagi-pagi ni tadi aku rase mengidamkan sesuatu plak, Hmmm,..kalau macam tu bolehlah aku boleh terus pergi bersahur. Aku sebenarnya mengidamkan kuey teow kungfu kekeke. Pernah berbuka makan kuey teow kungfu ari tu kat restaurant condo ni, terasa sedap pulak.

Fikir punya fikir, aku pun decide nak bersahur kol 2.30am lepas tu boleh terus pi Qiam bersama penghuni islam condo kat surau. Ermmm dalam hati aku rase tak saba nak makan Kuay teow kungfu je.

Getting ready for kuey teow kungfu, kuar rumah dan dengan happy menuju ke Level 3, dalam fikiran dah terbayang kuey teow kungfu hahaha. Sebaik tiba kat tangga level 3,... ku lihat bayangan restaurant macam gelap jer, tak mungkin. Bila aku tengok keadaan dari jauh gelap, selalunya terang jer,.. Ermmm,.. ah sudah... ni mesti dah tutup, tapi akak tu kata awal bulan ari tu,... depa bukak sampai kol 4am sempena ramadhan. Alahai melepas nak makan apa yg diidamkan,..sedihhhhh!

Tadi time berbuka,.. adik restaurtant tu ada bgtau kat aku yg hari ni hari last mereka bukak bisnes dibulan posa, esok dah tutup sampai lepas raya baru buka. Alaa,.. aku ingatkan depa tutup sampai kol 4am. Rupanya tutup awal lah pulak ari ni,....melepas lah aku nak sahur dgn kuey teow kungfu. Aku kembali kerumah dengan perasaan yg masih mengidam kuey teow kungfu. Nak kuar pi gerai kat luar condo?.. Malas lah pulak. :-(

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...